Seorang pemuda Palestin, Usamah Adwi yang berusia 18 tahun telah syahid. Beliau telah ditembak dalam sebuah pertempuran yang tercetus di antara pemuda Palestin dan rejim Zionis. Kejadian tersebut berlaku di kem pelarian al-Aroub, utara al-Khalil (Hebron), Tebing Barat.
Tentera Israel telah menahan pemuda Palestin semasa pertempuran yang berlaku di tengah al-Khalil. Selain itu, mereka telah menutup kedai-kedai dan memindahkan penduduk awam bagi memudahkan pencerobohan yang dilakukan oleh orang Israel.
Rejim Zionis berterusan meneruskan dasar penahanan mereka di beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat. Operasi ini telah mencetuskan banyak pertempuran, peningkatan bilangan syuhada dan tahanan Palestin di penjara Israel.

