Sejumlah penduduk Yahudi telah menyerbu Masjid al-Aqsa secara bersiri. Serbuan ini diketuai oleh anggota Knesset Israel, Itamar Ben-Gvir dengan bantuan perlindungan daripada tentera Israel dan pihak polis. Gerakan ini diadakan untuk menyambut perayaan Sukkot, iaitu "Hari Takhta Yahudi".
Pihak media melaporkan bahawa tentera Israel telah menyerang beberapa pengawal masjid lalu membawa mereka keluar dari kawasan masjid. Kemudian, tentera Israel menangkap dua daripada mereka dan dipindahkan ke sebuah tempat khusus untuk siasatan.
Dalam isu ini, pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa berlaku setiap hari, pada waktu pagi dan petang. Tentera Israel dari semasa ke semasa mengusir al-Murabitun dari al-Aqsa dengan menggunakan tipu helah. Hal ini bertujuan untuk mengosongkan Masjid al-Aqsa dan memberi laluan kepada penduduk haram Yahudi.

