Home Berita Post View

Jordan Mengecam Tindakan Penjajah Yahudi di Al-Aqsa

Oct 13, 2022 06:23 am

 

Kementerian Luar Negeri Jordan telah mengecam kegiatan penduduk pelampau Yahudi di Masjid al-Aqsa. Hal ini kerana mereka dibenarkan menyerbu Masjid al-Aqsa sewenang-wenangnya. Perkara ini jelas menegaskan bahawa pertempuran dan serangan berterusan ke atas tapak suci Baitul Maqdis menandakan situasi semakin memburuk.

Jurucakap rasmi kementerian, Duta Sinan al-Majali menganggap amalan provokatif yang berterusan terhadap al-Aqsa ini sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diterima. Perkara ini juga jelas bertentangan dengan sejarah dan undang-undang di Baitul Maqdis sebagai sebuah tanah suci. 

Hal ini menjadi isu apabila sejumlah besar penduduk Israel telah menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa. Mereka secara terang-terangan melakukan lawatan provokatif dan juga ritual Talmud di dalamnya.

Related