Home Berita Post View

Delegasi Arab Di UNESCO Kecam Pencerobohan Israel Di Al-Aqsa

Oct 11, 2022 12:37 pm

 

Delegasi Arab di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengecam pencerobohan kumpulan pelampau Israel ke atas Masjid al-Aqsa. Pencerobohan tersebut telah mendapat perlindungan dan pengawasan daripada tentera Israel. 

Delegasi tersebut telah mengutuk tarian, nyanyian dan ritual Talmud yang diadakan di pekarangan Masjid al-Aqsa. Mereka juga menegaskan bahawa Palestin merupakan isu utama Arab. Sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan dan tragedi hitam yang menimpa rakyat Palestin telah menyebabkan terhakisnya sistem antarabangsa. 

Delegasi Arab menyeru kepada Ketua Pengarah UNESCO untuk melakukan segala usaha bagi memberhentikan pencabulan Israel khususnya dalam campur tangan sistem pendidikan Palestin. Selain itu, Zionis telah memasukkan kurikulum Israel secara paksaan ke atas sekolah-sekolah Palestin yang berada di Baitul Maqdis. 

 

Related