Home Berita Post View

Hari Kedua Sambutan ‘Perayaan Sukkot’ Tentera Israel dan Sejumlah Besar Penduduk Haram Yahudi Menyerbu Al-Aqsa

Oct 11, 2022 12:25 pm

 

Pasukan tentera Israel dan sejumlah besar penduduk haram Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa pada hari kedua sambutan perayaan Sukkot. Perayaan itu juga dikenali sebagai Eidul ‘Ursh yang bermaksud Jewish Throne Day.

Pihak media melaporkan bahawa penduduk haram Yahudi melakukan upacara Talmud di halaman masjid dan lawatan provokatif di sekitarnya. Manakala tentera Israel menyerang penduduk Palestin dan memaksa mereka keluar dari dewan solat.

Setiap hari, pagi dan petang, Masjid al-Aqsa terdedah dengan siri pencerobohan oleh tentera Israel. Pencerobohan tersebut merupakan cubaan melaksanakan pembahagian masjid berdasarkan masa dan sudut tempat di antara Yahudi dan umat Islam.

Related