Tentera Israel telah melancarkan operasi serangan dan penahanan di kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.
Mereka telah menyerang bandar Tuqu’, timur Bethlehem. Pihak tentera juga telah menahan setiausaha sulit gerakan Fatah, Muhammad al-Badan dan saudaranya selepas kediaman mereka diceroboh. Tentera Israel telah merampas 10 000 shekel dari kediaman mereka berdua. Selain itu, sebanyak tujuh ribu shekel turut dirampas dari kediaman Hazem Nuwara.
Di Jenin, seorang pemuda telah ditahan. Manakala di Baitul Maqdis, dua kanak-kanak telah menjadi mangsa tahanan.

