Home Berita Post View

Lembah Jordan, Tebing Barat Diserang Tentera Israel dan Penduduk Yahudi

Oct 08, 2022 04:01 am

 

Penduduk Yahudi menyerang Khirbet al-Farisiyah, sebuah kawasan di utara Lembah Jordan. Mereka juga menutup jalan utama di wilayah tersebut.

Aref Daraghmeh, seorang aktivis hak asasi manusia berkata bahawa penduduk Yahudi telah menyerbu kampung al-Farisiya di Nablus. Mereka mula berkumpul berhampiran khemah penduduk Palestin di situ. Mereka juga melancarkan serangan untuk mengancam para pekerja dan petani di kawasan tersebut. Perkara ini memasuki hari kedua berlaku secara berturut-turut.

Di al-Khalil (Hebron) pula, seorang pemuda telah ditembak di kaki oleh tentera Israel. Tembakan ini dilakukan dari salah satu menara tentera yang didirikan di pintu masuk bandar Beit Ummar.

 

Related