Home Berita Post View

Perintah Keluar Penduduk Yahudi dari Kejiranan Baitul Maqdis Ditolak Mahkamah Israel

Oct 08, 2022 03:59 am

 

Akhbar Israel, Haaretz melaporkan bahawa mahkamah Israel di Baitul Maqdis telah menolak permintaan polis untuk mengeluarkan penduduk Yahudi dari kawasan kejiranan orang Islam dan tanah perkuburan ar-Rahmah di bandar itu. Penduduk Yahudi yang terlibat merupakan aktivis Temple Mount.

Haaretz menjelaskan bahawa permintaan polis Israel terhadap mahkamah muncul selepas penduduk Yahudi membuat onar berulang kali. Penduduk Yahudi dikatakan melambung sejenis alat muzik tradisional yang dikenali sebagai shofar di kawasan sekitar Masjid al-Aqsa. Tindakan tersebut menyebabkan keadaan di Baitul Maqdis menjadi semakin tegang.

Akhbar itu juga menyatakan bahawa, “Ini adalah kali kelima mahkamah menolak tuntutan yang sama daripada pihak polis demi menghalang ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis."

Related