Home Berita Post View

Israel Tolak Pembebasan Awal Naser Abu Hamid

Oct 08, 2022 03:56 am

 

Jawatankuasa Khas yang ditugaskan untuk memantau tahanan kanser Naser Abu Hamid, telah menolak tuntutan pembebasan awal beliau walaupun keadaan kesihatannya semakin meruncing.

Kelab Tahanan menegaskan bahawa keputusan ini telah dijangka akan berlaku kerana terdapat beberapa keputusan yang dikeluarkan sebelum ini berdasarkan isu serupa pada tahun lepas. Kes ini termasuk dalam kategori kes banduan yang sakit, khususnya selepas pindaan dan penambahan dibuat ke atas undang-undang Israel. 

Naser Abu Hamid dilaporkan tidak diberi rawatan yang cukup dan berdepan dengan pembunuhan perlahan selama bertahun-tahun. Kesihatannya semakin merosot sejak Ogos tahun lalu. Beliau dikenalpasti menghidap kanser paru-paru setelah pihak penjara Israel lambat membuat pemeriksaan kesihatannya.

 

Related