Home Berita Post View

Tahanan Penjara Ofer Mogok Lapar sebagai Menyokong Mogok Tahanan Pentadbiran

Oct 07, 2022 06:43 am

 

Pejabat Penerangan Tahanan mengesahkan seramai 900 orang di Penjara Ofer memulakan mogok lapar selama satu hari. Tindakan itu dilancarkan sebagai tanda sokongan kepada tahanan pentadbiran yang melaksanakan mogok lapar untuk hari ke-12 berturut-turut.

Tujuan mogok ini diadakan adalah untuk memberitahu pihak pentadbiran penjara Yahudi bahawa gerakan itu tidak sesekali meninggalkan tahanan pentadbiran bersendirian dalam perjuangan mereka. Gerakan ini juga menekankan bahawa mereka akan lebih agresif pada masa akan datang. 

Sejak 2015 sehingga kini, pihak berkuasa Yahudi telah mengeluarkan lebih daripada 9,500 perintah penahanan pentadbiran. Manakala rekod sejak awal tahun ini, kira-kira 1,365 perintah telah dikeluarkan. 

 

Related