Home Berita Post View

Israel Terus Menindas Penduduk Palestin

Oct 07, 2022 06:42 am

 

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin, Alaa Nasir Ahmad Zaghal yang berusia 21 tahun telah syahid. Zaghal maut akibat ditembak tentera Israel semasa pencerobohan yang berlaku di bandar Deir al-Hatab, timur Nablus, Tebing Barat.

Difahamkan pencerobohan tersebut melibatkan kenderaan ketenteraan dan ia tercetus susulan pertempuran yang berlaku di antara para pemuda Palestin dan tentera Israel. 

Tentera Israel juga mengepung kediaman milik seorang tahanan, Salman Amran ketika beliau berada di dalamnya. Beliau akhirnya ditembak dan ditahan tentera Israel.

Rejim Zionis menceroboh bandar-bandar di Tebing Barat secara berterusan. Tindakan ini telah menyebabkan pertempuran tercetus dan bilangan para syuhada semakin meningkat. Selain itu, berpuluh penduduk tempatan juga mengalami kecederaan. 

Related