Rejim Zionis telah menahan seramai lima orang penduduk Palestin semasa pertempuran berlaku di bandar Baitul Maqdis. Antara mangsa yang ditahan merupakan bekas tahanan.
Menurut pihak media, tentera Israel telah memusnahkan banyak kediaman dan menggeledah harta benda di dalamnya. Pemilik kediaman juga dipaksa untuk menjalani sesi soal siasat.
Tentera Israel melaksanakan ops penahanan harian di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Penduduk yang telah ditahan akan dibawa ke pusat soal siasat sebelum dipindahkan ke penjara Israel.

