Home Berita Post View

Parlimen Arab Mengesahkan Sokongan Keahlian Penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Oct 07, 2022 04:10 am

 

Beberapa ahli Parlimen Arab mengesahkan sokongan mereka terhadap permintaan Palestin untuk menjadi ahli rasmi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Permintaan ini termasuklah keperluan mereka untuk memulihkan perpaduan di Palestin.

Palestin juga menuntut agar isu tahanan di negara itu dibawa untuk dibincangkan ke dalam forum peringkat. Negara itu juga menggesa Kesatuan Peguam Arab untuk memainkan peranan mereka dalam hal ini.

Mereka turut menzahirkan keperluan ahli parlimen untuk menyokong dan mengukuhkan perlindungan penduduk Baitul Maqdis. Perbincangan ini menjadi fokus semasa sesi Parlimen Arab yang diadakan di ibu pejabat Sekretariat Agung Liga Negara Arab. Sehingga ke hari ini, Palestin adalah isu paling utama dalam isu perkembangan di wilayah Arab. 

Related