Tentera Israel telah mengumumkan akan lebih berjaga-jaga dengan meningkatkan kawalan di Tebing Barat. Pada masa yang sama, tentera Israel diperintahkan untuk melaksanakan pengepungan kawasan Nablus susulan daripada kekecohan yang berterusan diantara rakyat Palestin dan rejim Zionis.
Pihak media Ibrani melaporkan bahawa tentera Israel telah mencadangkan kepada Menteri Pertahanan, Benny Gantz untuk melaksanakan pengepungan ke atas Nablus dengan harapan bandar itu akan kembali aman. Jika perintah tersebut tidak dilaksanakan, tindakan serius akan diambil secara berperingkat bermula dengan sekatan lalu lintas.
Selain itu, tentera Israel telah mengupah pihak tentera lain untuk ditempatkan di Tebing Barat dan menyasarkan bahagian utaranya. Hal ini sebagai persediaan untuk menghadapi puluhan pertempuran bersama rakyat Palestin.

