Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa tentera Israel menutup seluruh kawasan Tebing Barat dan laluan di Semenanjung Gaza bersempena perayaan Yom Kippur.
Ribuan tentera Israel berkeliaran mengelilingi kawasan Tebing Barat dan melancarkan kepungan serta kawalan yang rapi di tembok aparteid. Selain itu, mereka juga melindungi penempatan Israel yang berdekatan daripada sebarang operasi kemasukan penduduk Palestin.
Laluan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza kebiasaannya akan ditutup oleh pihak berkuasa Israel ketika sambutan perayaan Yahudi. Tindakan tersebut bertujuan untuk menjaga keselamatan kedua-dua pihak.

