Persatuan Tahanan Palestin mengumumkan pemindahan segera tahanan yang bernama Nasser Abu Hamid dari Penjara Ramla ke sebuah hospital berdekatan. Pemindahan tersebut berkait rapat dengan kemerosotan kesihatan Abu Hamid yang serius.
Menerusi satu kenyataan akhbar, persatuan ini telah mengesahkan bahawa Abu Hamid menghidapi kanser dan keadaannya kritikal.
Abu Hamid merupakan salah seorang daripada berpuluh tahanan Palestin yang menghidapi kanser dan tumor. Akibat daripada keadaan kesihatan yang serius, mereka memerlukan rawatan khusus.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel sengaja mengamalkan dasar kematian perlahan dengan melambatkan rawatan terhadap para tahanan yang sakit kanser dan tumor.

