Home Berita Post View

Serangan Berterusan Israel Cetus Kekecohan

Oct 04, 2022 12:58 pm

 

Tebing Barat - Tiga pemuda Palestin cedera akibat terkena peluru hidup semasa pertempuran yang berlaku di antara tentera Israel dan penduduk tempatan di bandar al-Bireh.

Warga Israel dan tenteranya telah menyerang penduduk Palestin di tiga bandar iaitu Huwara, Beita dan Sarra yang terletak di Nablus. Serangan ini telah mengakibatkan seramai 30 penduduk Palestin mengalami lebam di bahagian badan dan kesesakan nafas akibat gas pemedih mata.

Rejim Zionis telah melancarkan operasi penahanan di beberapa kawasan di Tebing Barat secara berterusan. Ekoran daripada itu, beberapa buah pertempuran tercetus dan mengakibatkan puluhan penduduk awam mengalami kecederaan.

Related