Home Berita Post View

Tembok Ratapan Diceroboh Pendatang Haram Israel

Oct 04, 2022 12:57 pm

 

Ribuan warga Yahudi melakukan ritual Talmud di hadapan Tembok Ratapan yang terletak di Baitul Maqdis. Ritual tersebut turut dihadiri oleh ahli Knesset Israel, Itamar Ben-Gvir. 

Untuk pengetahuan, ritual ini dilakukan bersempena perayaan Yom Kippur yang bermula 4 hingga 5 Oktober ini.

Pihak media melaporkan Israel telah menutup setiap jalan dan pintu masuk ke Masjid al-Aqsa bagi menjamin keselamatan ribuan warganya yang mahu ke Tembok Ratapan. 

Selain itu, tentera Israel dilaporkan bertindak agresif mengusir para murabithun keluar dari Masjid al-Aqsa untuk mengosongkan kawasan berkenaan dan memberi laluan kepada warga Israel melakukan kekacauan. 

Related