Home Berita Post View

Dua Pemuda Ramallah Syahid Ditembak

Oct 03, 2022 05:58 pm

 

Dua orang pemuda Palestin, Khalid Anbar dan Basel Basbous telah syahid ditembak oleh tentera Israel. Manakala para pemuda yang lain didapati cedera akibat insiden tersebut. Kejadian berlaku ketika pencerobohan di perkampungan Jalazon, Ramallah yang terletak di Tebing Barat.

Pihak media melaporkan bahawa tentera Israel telah menceroboh perkampungan tersebut untuk menahan penduduk Palestin. Tindakan ini telah membawa kepada pertempuran di antara para pemuda Palestin dan tentera Israel di kawasan itu.

Tentera Israel telah meningkatkan serangan mereka ke atas penduduk Palestin. Tindakan kejam itu telah menyebabkan kematian beberapa orang penduduk dan meningkatkan ketegangan di Tebing Barat.

 

Related