Home Berita Post View

Netanyahu Bakal Tumpas dalam Pilihanraya?

Oct 03, 2022 05:54 pm

 

Tinjauan terhadap pilihan raya Israel menunjukkan bahawa kerusi yang menyokong bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dalam pilihan raya akan datang telah jatuh kepada 59 kerusi. Perubahan itu berlaku buat kali pertama dalam tempoh sebulan setengah. 

Menurut pihak media Ibrani, parti Yesh Atid yang diketuai oleh Perdana Menteri Israel semasa, Yair Lapid akan memenangi 25 kerusi. Hasil tinjauan tersebut mendapati keputusan yang menyebelahi Yair Lapid lebih tinggi dengan satu kerusi berbanding pilihan raya sebelum ini.

Dalam pada itu, Israel sedang bersiap sedia untuk bertanding dalam pilihan raya Knesset ke-25, pada 1 November ini. 

Related