Home Berita Post View

Mahkamah Jenayah Antarabangsa Dituntut Mendakwa Israel atas Jenayahnya Terhadap Para Wartawan Palestin

Sep 26, 2022 04:58 pm

 

Jawatankuasa sokongan wartawan menggesa peguam negara bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengambil tindakan segera keatas tentera Israel. Gesaan ini susulan daripada jenayah yang dilakukan terhadap para wartawan Palestin. Pada masa yang sama, mereka turut menggesa kes pembunuhan seorang wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh diteliti semula. 

Jawatankuasa itu turut menjemput peguam negara berkenaan untuk membuat lawatan ke sekitar wilayah Palestin, terutama ketika situasi semasa semakin memburuk dan meruncing.

Hari ini, 26 September merupakan Hari Solidariti Bersama Wartawan Palestin. Hari Solidariti Bersama Wartawan Palestin ini telah diisytiharkan oleh Persekutuan Wartawan Antarabangsa berikutan peristiwa Terowong Intifada pada tahun 1996. Insiden yang direkodkan pada ketika itu, menyaksikan berpuluh wartawan Palestin telah cedera semasa menjalankan tugas.

 

Related