Sebuah pertempuran tercetus di antara pemuda Palestin dan tentera Israel di bandar Baitul Maqdis. Dalam kejadian tersebut, tentera Israel telah melepaskan bom dan gas pemedih mata ke arah pemuda Palestin itu. Pada masa yang sama, kediaman penduduk Palestin sekitarnya turut terjejas ekoran daripada serangan tersebut. Pertempuran ini telah mengakibatkan berpuluh penduduk awam mengalami sesak nafas dan kediaman mereka pula terbakar .
Selain itu, di perkampungan Nabi Soleh, Ramallah, satu lagi pertempuran tercetus di antara pemuda Palestin dan tentera Israel.
Tentera Israel melaksanakan pelbagai operasi penahanan harian di kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Pelbagai pertempuran tercetus antara pemuda Palestin dan tentera Israel menyebabkan harta benda milik orang awam mengalami kerosakan. Pertempuran ini juga menjadi punca kecederaan terhadap berpuluh orang awam.

