Pihak tentera Israel melancarkan penangkapan 14 warga Palestin, termasuk tahanan yang telah dibebaskan semasa pencerobohan di pelbagai daerah Tebing Barat.
Pihak media melaporkan bahawa tentera penjajah ini menyerbu sejumlah besar rumah penduduk tempatan di Tebing Barat. Mereka juga dipaksa untuk disiasat secara mengejut.
Tentera Israel telah melakukan serbuan setiap hari di daerah berasingan di Tebing Barat. Hal ini telah mengakibatkan banyak kemusnahan seperti kerosakan harta benda. Penahanan berpuluh rakyat Palestin telah meningkatkan lagi jumlah tahanan di penjara.

