Tentera Zionis telah mengumumkan penutupan seluruh kawasan Tebing Barat dan sempadan Semenanjung Gaza semasa perayaan Yahudi nanti. Perayaan ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 September 2022.
Akhbar Israel Hayom melaporkan pihak berkuasa Israel telah meningkatkan tahap berjaga-jaga ke seluruh kawasan jajahan mereka sempena sambutan perayaan Yahudi. Kawalan berjaga-jaga ini bertujuan memastikan keselamatan warga Israel dan menghalang pertempuran dengan penduduk Palestin.
Ribuan polis Israel dikerahkan untuk melaksanakan operasi kawalan keselamatan bagi kawasan-kawasan ‘penting’. Selain itu, mereka memfokuskan kepada kekuatan ketenteraan berhampiran rumah ibadat Yahudi, tempat pusat solat, taman dan kawasan rekreasi.

