Tentera Israel telah menahan seramai 23 orang pelajar Universiti Birzeit yang terletak di tengah Tebing Barat. Kejadian ini berlaku selepas pasukan khas tentera Israel menyerbu kawasan Ain al-Zarqa berhampiran perkampungan Aboud, barat laut Ramallah yang terletak di Tebing Barat.
Para pelajar tersebut telah ditahan ketika mereka berkhemah di kawasan berkenaan. Dalam serbuan ini, beberapa orang pemuda Palestin yang lain telah membuat serangan balas dengan membaling batu dan bom botol ke arah tentera yang terlibat.

