Home Berita Post View

Israel Tangguh Keputusan Pembebasan Abu Hamid

Israel Tangguh Keputusan Pembebasan Abu Hamid

Sep 15, 2022 06:52 pm

 

Mahkamah Israel telah membuat keputusan untuk menangguhkan sesi keputusan pembebasan awal pesakit kanser yang menjadi tahanan, Nasser Abu Hamid. Penangguhan ini berikutan desakan keluarga seorang warga Israel yang maut akibat serangan peristiwa Intifadah Kedua yang berlaku 20 tahun lalu. 

Pihak media melaporkan bahawa sesi itu dijadualkan untuk berlangsung pada Ahad depan. Walau bagaimanapun, sesi tersebut ditangguhkan selama-lamanya atas permintaan Hanano, sebuah pertubuhan yang mewakili keluarga si mati.

Seperti yang dilaporkan, Abu Hamid telah gagal diberikan rawatan sempurna selama bertahun-tahun selama meringkuk di penjara Israel. Keadaan kesihatannya mula merosot dengan serius selepas beliau disahkan menghidap kanser. 

 

 

Related