Home Berita Post View

Qatar Tolak Permintaan Israel Untuk Buka Konsulat

Sep 15, 2022 06:16 pm

 

Negara Qatar menolak permintaan daripada penjajah Israel yang mahu membuka konsulat. Permohonan ini bagi memberi peluang kepada penduduknya menonton perlawanan Piala Dunia 2022 akan datang.

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak media di Doha selepas Israel mengadakan satu pertemuan dengan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 

Melalui maklumat yang diterima pihak Israel sedaya upaya memujuk Doha untuk membuka konsulat sepanjang musim Piala Dunia. Mereka memberi jaminan bahawa konsulat akan ditutup pada akhir acara tersebut. Namun, permintaan itu tetap ditolak.

Sementara itu, Qatar telah mengeluarkan nama Israel daripada peta rasmi Piala Dunia di laman web rasmi FIFA dan menggantikannya dengan “Wilayah Palestin yang Dijajah”.

Related