Home Berita Post View

Peningkatan Penahanan di Tebing Barat dan Pencerobohan di Al-Aqsa

Sep 14, 2022 05:53 pm

 

Pihak tentera Israel telah menahan tujuh orang penduduk tempatan selepas kejadian pencerobohan secara besar-besaran ke atas rumah penduduk tempatan di beberapa buah daerah di Tebing Barat. Lima daripada mangsa yang ditahan merupakan adik-beradik.

Dengan bilangan yang cukup ramai, pendatang haram ini menyerbu Masjidil Aqsa di bawah perlindungan tentera Israel. Selain itu, mereka juga melakukan lawatan provokatif, ritual Talmud di pekarangan Masjidil Aqsa dan juga mendengar penjelasan tentang Haikal Sulaiman. 

Israel melakukan serangan setiap hari di pelbagai daerah di Tebing Barat dan Masjid al-Aqsa. Hal ini akhirnya menyebabkan bertambahnya bilangan tahanan Muslim dalam penjara. Mereka cuba merampas bahagian dari tanah masjid yang suci itu secara kekal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related