Pihak berkuasa Israel telah membebaskan seorang wartawan, Lama Gosheh selepas menahan beliau selama 10 hari. Beliau dikurung di rumahnya sehingga hari perbicaraan beliau Ahad ini.
Media melaporkan, pembebasan Lama Gosheh masih tertakluk kepada syarat tertentu iaitu dilarang menggunakan telefon dan komputer. Beliau juga dikehendaki untuk memberikan wang pendahuluan kepada dana mahkamah pusat.
Rejim Zionis telah membuat dakwaan ke atas beliau kerana menyebarkan foto syahid Ibrahim al-Nabulsi sambil membawa senjata.

