Laporan akhbar Israel, Haaretz menyatakan bahawa pihak kerajaan merancang untuk menggandakan bilangan penduduk haram Israel di Har Homa. Har Homa merupakan sebuah daerah yang dibina di atas tanah Jabal Abu Ghneim, tenggara Baitul Maqdis. Selain itu, mereka juga menubuhkan penempatan baharu di perkampungan lama Battir yang tersenarai sebagai salah satu Warisan Dunia.

