Home Berita Post View

Tempoh Penahanan Wartawan Lama Ghosheh Dipanjangkan Lagi

Sep 13, 2022 05:54 pm

 

Mahkamah Israel telah memutuskan untuk memanjangkan lagi tempoh penahanan seorang wartawan, Lama Gosheh sehingga Ahad depan selepas dua kali sesi percubaan baginya. 

Pihak berkuasa Israel telah memfailkan dakwaan terhadap Ghosheh atas tuduhan perilaku yang berbaur hasutan serta dukungan terhadap organisasi pengganas. Hal ini berpunca daripada penyebaran foto al-Syahid Ibrahim al-Nablusi. 

Tuduhan ini susulan daripada serbuan yang dilakukan di rumah keluarga Gosheh oleh tentera Israel. Telefon bimbit dan komputer riba peribadi milik Gosheh juga telah dirampas.

Related