Home Berita Post View

Dron Mula Beroperasi Di Jenin Dan Nablus

Sep 13, 2022 05:52 pm

 

Sumber media Israel melaporkan pihak tentera telah mula menerbangkan pesawat yang sarat dengan peluru berpandu dan dron ke kawasan Jenin dan Nablus di Tebing Barat.

Difahamkan tentera Israel telah meluluskan penggunaan pesawat tersebut selepas siri operasi tentera dipercepatkan di Tebing Barat. Keputusan tersebut dibuat atas dasar kebimbangan tentera Israel terhadap tembakan daripada pejuang Palestin ketika mereka menceroboh kawasan tersebut.

Untuk makluman, pesawat itu juga telah mengambil bahagian dalam beberapa operasi Israel baru-baru ini di Tebing Barat tanpa melepaskan peluru berpandu. Namun kini, pihak tentera Israel bersedia untuk melakukan serangan di wilayah itu sama seperti yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Related