Home Berita Post View

Israel Buat Onar

Sep 13, 2022 05:50 pm

 

Berpuluh warga Israel menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa dari pintu al- Mughrabi dengan kawalan ketat daripada tentera Israel. Tidak cukup dengan itu, pihak tentera Israel juga telah melancarkan operasi penahanan dan pencerobohan di kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Kelab Tahanan Palestin melaporkan bahawa tentera Israel telah menyerbu beberapa kawasan di Tebing Barat. Selain itu, mereka juga telah membuat serbuan keatas berpuluh buah kediaman, menggeledah harta benda di dalamnya dan menahan penghuni kediaman untuk melakukan siasatan. Seramai 15 penduduk Palestin ditahan dengan alasan mereka menyertai demonstrasi penentangan. 

Sementara itu di Baitul Maqdis, dua orang pemuda telah ditahan oleh rejim Zionis. Jabatan Waqaf melaporkan berpuluh warga Israel menyerbu Masjid al-Aqsa sejak pagi tadi. Mereka melakukan lawatan secara provokatif di pekarangan masjid tersebut dan mendengar penjelasan berkenaan Haikal Sulaiman serta melaksanakan ritual Talmud.

 

 

 

 

Related