Tahanan yang menghidap kanser, Nasir Abu Hamid telah meninggal dunia. Khabar duka ini diumumkan oleh pihak penjara.
Sejak Ogos 2021, kondisi kesihatannya semakin merosot. Abu Hamid mula mengalami kesakitan di bahagian dada dan didapati mempunyai ketumbuhan pada paru-parunya.
Pembedahan mengeluarkan ketumbuhan tersebut telah berjaya dilakukan sebelum dia dipindahkan semula ke penjara Ashkelon untuk pemulihan. Bagaimanapun, kesihatannya semakin memburuk.
Nasir merupakan tahanan sejak tahun 2002 dan dihukum penjara seumur hidup sebanyak tujuh kali dan 50 tahun.

