Home Berita Post View

Yair Lapid Pelawa Parti Buruh Dan Meretz Bina Pakatan

Sep 09, 2022 08:23 pm

 

Perdana Menteri Israel, Yair Lapid bersedia untuk menyatukan Parti Buruh dan Parti Meretz sebagai usaha meningkatkan jumlah undian dalam kalangan penduduk Palestin yang keluar mengundi dalam pilihan raya Israel.

Yair Lapid telah mempelawa ketua Parti Buruh, Merav Michaeli dan ketua Parti Meretz, Zehava Gal-On untuk hadir ke perjumpaan ketiga pada hujung minggu ini. Pertemuan itu bertujuan untuk memujuk Merav Michaeli mengetuai langkah ke arah penyatuan kedua-dua parti tersebut. 

“Jika parti Meretz tidak melepasi undian, Benjamin Netanyahu sudah pasti akan memenangi 61 kerusi,” ujar Yair Lapid.

Beliau meminta Parti Buruh dan Parti Meretz menandatangani pakatan yang memberi hak kepada kedua-dua parti tersebut untuk keluar selepas pilihan raya nanti. 

 

Related