Home Berita Post View

Israel Ceroboh Masjid al-Aqsa

Sep 06, 2022 01:04 pm

 

Berpuluh warga Israel telah menceroboh Masjid al-Aqsa dari pintu al-Mughrabi dengan kawalan ketat tentera Israel.

Media melaporkan bahawa warga Israel melakukan lawatan provokatif di pekarangan masjid dan melaksanakan ritual Talmud, termasuk menerima penjelasan berkaitan Haikal Sulaiman.

Polis Israel terus menyekat penduduk Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa dan mengusir mereka. Setiap hari Masjid al-Aqsa terdedah kepada beberapa siri serangan Israel dalam usaha untuk mendapatkan pembahagian tempat dan masa.

Related