Tujuh orang tentera Israel cedera dalam operasi tembakan ke atas bas yang melibatkan sejumlah tentera di kawasan Lembah Jordan, utara Tebing Barat.
Media melaporkan tentera Israel telah menahan dua orang pemuda Palestin di kawasan berhampiran serangan berlaku. Mereka ditahan kerana didakwa melaksanakan serangan berkenaan.
Baru-baru ini, sebuah pertempuran menentang tentera Israel telah dilakukan berikutan pencabulan hak penduduk Palestin dan penahanan berpuluh daripada mereka.

