Pihak berkuasa Israel telah meluluskan rancangan dua penempatan untuk membina lebih daripada 3,412 unit penempatan baru di atas kawasan seluas 2,100,000 meter persegi di Baitul Maqdis.
Media melaporkan dua rancangan ini akan mengakibatkan pemindahan secara paksa penduduk Palestin terhadap kira-kira 2,000 penduduk yang tinggal di komuniti Badwi.
Walaupun pihak antarabangsa menolak rancangan ini, namun Israel mengaburi mata dunia dengan melaksanakan rancangan itu secara senyap melalui tuntutan hak ke atas tanah tersebut.

