Home Berita Post View

Pejuang Palestin Berhadapan Pengganas Israel

Sep 02, 2022 01:02 pm

 

Sebuah pertempuran ganas telah meletus di antara pejuang Palestin dan pengganas Israel di Jenin, Tebing Barat susulan pencerobohan tentera Israel secara mengejut, khususnya di kem pelarian.

Sumber tempatan melaporkan tentera Israel telah mengepung kediaman pemimpin gerakan Jihad Islami, Muhna al-Syarqawi sebelum beliau ditahan di bandar Zababdeh. Pada masa yang sama, pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah tentera dan kenderaan ketenteraan Israel.

Di Ramallah, tentera Israel menyerbu bandar Silwad dan menangkap seorang pemuda Palestin selepas menyerbu dan menggeledah rumah keluarganya. Selain itu, seorang penduduk Palestin telah ditahan ketika beliau melalui pos pemeriksaan tentera Za'tara di Nablus. Kejadian yang sama berlaku di kem pelarian Shuafat, timur laut Baitul Maqdis, di mana seorang gadis telah ditahan selepas serbuan dilakukan di kem berkenaan.

Related