Home Berita Post View

Pelan Pembinaan 1,250 Unit Penempatan Di Bethlehem

Sep 02, 2022 03:55 am

 

Pihak berkuasa Israel merangka pelan untuk membina sebanyak 1,250 unit penempatan baru dengan tujuan memperluaskan penempatan yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di Bethlehem, Tebing Barat.

Bahagian pertama pelan memfokuskan kepada pembinaan 27 bangunan dan bahagian kedua pula adalah untuk pembinaan empat pangsapuri yang menghadap pergunungan selatan Tebing Barat bagi menghubungkan laluan terowong antara Baitul Maqdis dan penempatan Israel.

Israel meneruskan dasar untuk merampas tanah Palestin bagi mengembangkan dan membina pos penempatan walaupun pentadbiran Amerika Syarikat menolak rancangan tersebut.

Related