Khalil ‘Awawdah masih meneruskan mogok lapar untuk hari ke-170 walaupun keadaan fizikalnya semakin tenat.
Beliau mengalami sakit kepala, sakit sendi yang teruk, penglihatan yang kabur dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Isterinya berkata keadaan beliau berada di tahap yang sangat bahaya kerana tubuhnya kurus sehingga boleh menampakkan tulang-belulang.
Israel telah mengekalkan arahan penahanan pentadbiran ke atasnya beberapa hari lalu. Namun Khalil ‘Awawdah tetap berkeras supaya rejim Zionis itu membatalkan dan bukan setakat membekukan penahanannya.

