Pesuruhjaya Agung The United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), Philippe Lazzarini dalam satu taklimat atas talian bersama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan keadaan pelarian Palestin semakin merosot sejak taklimat yang terakhir bersama ahli majlis tersebut pada Mei 2021.
Beliau berkata, lebih 80 peratus pelarian Palestin di Lubnan, Syria dan Gaza hidup di bawah garis kemiskinan. Philippe Lazzarini menegaskan sebanyak 60 keluarga pelarian Palestin kehilangan tempat tinggal, 17 kanak-kanak syahid dan lapan daripadanya merupakan pelajar di sekolah UNRWA semasa pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza baru-baru ini.
Beliau menegaskan separuh daripada pelajar UNRWA mengalami trauma dan memerlukan bantuan khas bagi menangani keganasan yang berulang dan kelumpuhan ekonomi yang dialami oleh keluarga mereka.
Di Tebing Barat dan Baitul Maqdis, harta mereka dirampas, diberi layanan yang sangat buruk dan hak keselamatan tidak dijamin.

