Tinjauan pilihan raya terkini merekodkan majoriti undian berpihak kepada Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri dalam pilihan raya akan datang.
Berdasarkan rekod tinjauan tersebut, parti Likud yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu akan memperoleh 60 kerusi di Knesset jika pilihan raya diadakan hari ini. Manakala parti gabungan semasa memenangi 55 kerusi.
Knesset telah menetapkan bahawa 1 November ini akan menjadi tarikh rasmi pilihan raya umum. Ia akan menjadi pilihan raya kelima di Israel dalam tempoh tiga tahun setengah.

