Home Berita Post View

Warga Israel Mahu Ceroboh Al-Aqsa

Aug 26, 2022 04:09 am

 

Pertubuhan Haikal dan kumpulan ekstremis warga Israel menggesa warganya melakukan pencerobohan besar-besaran di Masjid al-Aqsa dengan slogan The Gates Tour hari ini. Mereka mendakwa bahawa awal bulan September semakin hampir mengikut kalendar Ibrani. 

Berdasarkan seruan yang dilakukan, perhimpunan itu akan berlangsung di dataran Tembok Ratapan. Kemudian mereka akan memulakan pencerobohan untuk menyerbu pintu Masjid al-Aqsa.

Masjid al-Aqsa terdedah kepada pencerobohan penduduk Israel setiap hari  dan dikawal ketat oleh tentera Israel ketika kekacauan berlaku di pekarangan Masjid al-Aqsa. 

Related