Home Berita Post View

Lebih 1,000 Penempatan Haram Israel Di Al-Quds Diluluskan

Aug 23, 2022 12:57 pm

 

Kerajaan Israel telah meluluskan rancangan untuk membina sebanyak 1,324 unit penempatan haram yang baru di kawasan Bethlehem, Baitul Maqdis.

Media melaporkan bahawa rancangan perluasan baru tersebut melibatkan kawasan berkeluasan 80,000 meter persegi. Sebanyak 15 buah bangunan yang terdiri daripada projek keusahawanan, bangunan kerajaan dan swasta akan dibangunkan untuk kegunaan Israel.

Selain itu, Israel telah memutuskan untuk membina sebanyak 434 unit penempatan haram di laluan Baitul Maqdis-Hebron di atas kawasan berkeluasan 7,300 meter persegi.

Related