Tentera Israel telah melancarkan sebuah operasi serangan dan penahanan di kawasan berbeza di Tebing Barat. Seramai sembilan orang penduduk Palestin telah menjadi mangsa dalam operasi ini dan ada di antara mereka yang ditahan merupakan tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini.
Media melaporkan bahawa tentera Israel telah memusnahkan dua buah kediaman pemimpin gerakan HAMAS iaitu Faza dan Nadir Sawafta di Tubas, Tebing Barat sebelum menahan mereka.
Tebing Barat dan Baitul Maqdis setiap hari terdedah dengan serangan dan penahanan yang dilakukan Israel.

