Tentera Israel mencederakan dua orang awam dan menahan lima yang lain semasa pertempuran selepas melakukan serbuan di bandar Tubas dan bandar Tammun, Tebing Barat.
Persatuan Bulan Sabit Merah melaporkan bahawa seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun telah ditembak di kepala ketika keluar dari masjid selepas selesai menunaikan solat subuh. Kecederaannya disifatkan kritikal. Manakala seorang pemuda dari bandar Tammun ditembak di paha semasa pertempuran tercetus antara pemuda Palestin dan tentera Israel. Selain itu, lima pemuda Palestin termasuk dua orang adik beradik telah ditahan di bandar Tubas.

