Delegasi Kesatuan Eropah tiba di Semenanjung Gaza pada pagi ini untuk melihat keadaan di Semenanjung Gaza. Lawatan ini berlangsung selama beberapa jam dan mereka menggunakan laluan Beit Hanoun untuk sampai ke sana.
Satu perjanjian dijadualkan termeterai antara Kesatuan Eropah dan The United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) di Gaza. Delegasi itu juga akan mengadakan lawatan pemeriksaan ke Hospital Shifa di Gaza bagi meninjau keadaan kesihatan pesakit dan mengadakan sidang media di tempat yang sama.
Lawatan ini dilakukan oleh duta Kesatuan Eropah ke Gaza bagi membuat tindakan susulan terhadap keadaan Gaza selepas serangan Israel baru-baru ini.

