Sumber tempatan melaporkan bahawa pertempuran telah tercetus selepas pencerobohan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Israel di kem pelarian Dheishah, Bethlehem. Mereka melepaskan tembakan peluru hidup, peluru logam dan gas. Kejadian itu telah mengakibatkan seramai lima orang pemuda cedera terkena tembakan di kaki dan tiga lagi ditahan. Penahanan tersebut dilakukan selepas Israel membuat serbuan dan menggeledah rumah milik saudara mereka.
Di Nablus, seorang pemuda cedera ditembak akibat peluru logam yang digunakan oleh tentera Israel. Manakala 14 orang pemuda lagi mengalami sesak nafas. Insiden ini berlaku semasa pertempuran di antara tentera Israel dengan penduduk Palestin di perkampungan Burqa. Selain itu, lapan orang penduduk Palestin telah ditahan di bandar Silwad, Ramallah.

