Home Berita Post View

Israel Tolak Rayuan Pembebasan Khalil ‘Awawda

Aug 16, 2022 06:26 pm

 

Kelab Tahanan Palestin melaporkan mahkamah Israel menolak rayuan tahanan Khalil ‘Awawda yang melakukan mogok lapar untuk hari ke-157.

“Pembebasannya akan mengundang bahaya,” kata mahkamah Israel.

Peguam Khalil ‘Awawda, Ahlam Haddad menyatakan keputusan mahkamah Israel ialah satu perkara yang mengejutkan. Beliau menegaskan bahawa pasukan peguam akan membuat petisyen pada hari ini untuk dikemukakan kepada mahkamah Israel selepas mereka enggan menerima rayuan untuk membebaskan Khalil ‘Awawda, atau menetapkan had masa untuk penahanan pentadbirannya.

Mahkamah enggan menerima rayuan Khalil ‘Awawda walaupun mempunyai laporan kesihatannya dari Hospital Assaf Harofeh dan surat daripada pentadbiran penjara Israel yang mengesahkan bahawa nyawa beliau dalam bahaya. 

Related